Sunday 7 December 2014

DOA DALAM PROGRAM SEMANIS KURMA







Doa Pelindung Diri : Surah Al-Hasri ayat 26

-----------------------------------------------------------------------

Doa untuk pikat suami n lembutkan hati: Surah Toha ayat 1 -5

-----------------------------------------------------------------------

Doa Kebahagian Rumah Tangga : Surah Al-Kahfi ayat 1 dan Surah Ar-raddu ayat 31, Surah Yusof ayat 30.

-----------------------------------------------------------------------

Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung : Surah Mariam,Al-Fatihah, Al-Hujjurat, Yassin,AL-Taubah dan Surah Al-Imran ayat 38, Surah Al-Soffat ayat 100

-----------------------------------------------------------------------


Doa Hindari Kemaksiatan dan Kemungkaran ALLAH swt:  Al-Mukmin ayat 97-98, dan Al-Maidah ayat 25.

-----------------------------------------------------------------------

Doa Untuk Memperolehi Zuriat: Surah Al-Imran  ayat 38 dan 200, Surah Al -Anbia ayat 89


Doa Lembutkan Hati( doa Nabi Daud) : Surah Al- Hasri ayat 21

-----------------------------------------------------------------------

Doa Untuk Elakkan dari Kejahatan Manusia : Surah  Al-Yusof ayat 33 dan Surah Al- Qadr

Doa Untuk Elak Berkata Belit: Surah Al-Imran ayat 8


-----------------------------------------------------------------------


Doa lapangkan Hati/Mudahkan Urusan /Bukakkan Simpulan Yang Sukar: Surah Toha ayat 25 sampai 28

-----------------------------------------------------------------------


Doa Jauhi Sihir: baca Al-Fatihah,  Baca 3 kul, Ayat Kursi , baca 2 baris terakhir Surah Al-Buqarah, makan 7 biji Kurma, bwuduk sebelum tdo, zikir.

-----------------------------------------------------------------------

Doa Elak Penceraian, bina rumah tangga kerana Allah, suami pimpin isteri kejalan Allah swt: Surah An-Nissa’ ayat 34,

-----------------------------------------------------------------------


Doa untuk Jadi Isteri Solehah/ jgn mintak apa2 diluar kemampuan suami/doa murah rezeki untuk perkahwinan: Surah Al-Imran Ayat 26 dan 27, Surah al-Taubah ayat128 dan 129, Surah Al-Anbiya ayat 87

-----------------------------------------------------------------------


Doa Untuk Jadi Isteri yg Taat n Solehah:  Surah Al-Furqan ayat 74, Surah As-saafat ayat 100 dan Surah Ibrahim ayat 41..





DOA MENDAPAT ANAK YANG SOLEH




DOA AMALAN SEMASA MENGANDUNG




 Doa Mohon Anak Taat Kepada Allah, Surah Al-Baqarah (ayat 128).



رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم


Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani





Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).







 Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).




Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).









Doa anak rajin, surah Taha (ayat 1-5).







 Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)

.

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!


 Doa Nabi Zakaria a.s Surah Ali Imran: Ayat 38)


Ketika itu Nabi Zakariya berdo’a kepada TuhanNya, katanya: “Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.”


 Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

TRIP KE PHI PHI ISLAND


DAY 2--- PART 1----


Hari ke2 kitorg ambik trip ke phiphi island. kos untuk trip ni rm110 seorang dengan speed boat termasuk buffet makan tengah hari, buah dan air.

pukul 8.45 kitorang gerak ke tempat yang nak naik speed boat ni.. dan lebih kurang pukul 9.30 kitorang bertolak dari oanang



nun jauh pantai ao nang




maya bay @the beach
Maya bay ni memang cantik tapi kitorang rasa  tak puas je nak mandi kat pantai dia yang terlalu jernih ni sebab masa yang diberi cuma 45minit jer..huhuhu 





yeyeye dah sampai. berposing sebelum pergi snorkeling

model pulau..hihihi

monkey island.


pulau ni tak boleh turun cuma boleh tengok je monyet2 ni dari dalam speed boat ni..bagi aku tak adala menarik sangat pulau ni 



ni la sped boat yang kitorang naik

viking island.

pulau ni aku tengok dah macam pulau lanun dah.. ada penempatan untuk mengambil sarang burung kat sini.. kat sini pun tak boleh turun jugak.




bawalah ku pergi.....

my hubby bersnorkeling di open sea without life jacket..
nak berlagak kat aku la tu..mentang2lah aku ni penakut air

couple yang duk bercinta dalam speed boat kitorang



agak2 diorang ni perasan tak yang aku ambil gambar diorang ni. konon2nya berselfie la..hahahah


Saturday 22 November 2014

TRIP KE KRABI

DAY 1 ---- Part 2----



Tepat pukul 5 petang waktu siam kitorang sampai la kat hotel. lepas check in terus masuk bilik dan bila buka jer bilik tengok2 ada gajah 2 ekor atas katil hihihi



gajah beretnggek atas katil 
permandangan dalam bilik

selfie kat balkoni hotel

permandangan di pantai ao nang


suasana tepi pantai oa nang



menikmati suasana senja di pantai oa nang..




aku tak sure yang jual ni lelaki ke perempuan, sebab aku nampak macam ada halkum je hihihi

sampai sini jangan lupa try fruit shake dia..wallawei memang tersangat la sedap.











ni lagi satu benda wajib try bila datang krabi..pankek dia.
sebenarnya rasa dia macam roti canai yang dibuat nipis dan garing dan diletak pisang dan nutella. tapi rasa dia serius best..malam ni akau try nutella banana dgn banana cheese. harga dia rm6 setiap satu

minyak hanya habis separuh tank je..hihihi syoknya la bila pakai hybrid ni..save duit 
sekitar hari 1st kat ao nang




Perbelanjaan hari first.

- minyak rm60
- tulis kad putih rm4
- declare kereta rm10
- hotel rm 493
- makan malam rm30
- pankek rm 12
total rm609



PERCUTIAN KE KRABI

trip ke krabi

----- day 1 part 1 -----

cerita kat border

kat sini aku akan kongsikan tip dan jadual perjalanan aku ngan my hubby ke krabi. sebenarnya trip ni baru minggu ni kitorang rancang so agak kalam kabut sket la..hhihi

kitorang decide nak exit ikut wang kelian sebab member2 kata kalau lalu ikut situ boleh jimat sejam lebih.. so kitorang ambik keputusan nak lalu ikut wang kelian dan ke satun thailand.

sampai kat border wang kelian, terus ke emigresen Malaysia dan macam biasa memang xder problem kat malaysia ni dan akak2 kastam ni baik2 je..lepas je bahagian malaysia kena gi isi kad putih plak kat podok di kawasan emegrisen siam ni..diorang charge untuk tulis satu kad rm2.walhal aku ngan hubby minta tulis sendiri tapi diorang buat2 x faham..hihihi saje je nak amik rm4 dari kitorang..

lepas settle bab kad putih tu kena la gi cop kat emegrisen dia plak.kat sini x ada problem pun..pastu kena pegi kat kastam pulak sebab nak declare kereta. kat sini ada problem sebabnya ada sorang mamat rider omputeh ni nak keluar dari siam tapi kastam siam tu tersilap pi isi nak msk. so nak tunggu settle kes tu dah abis dekat 30minit. ni la masalahnya bila ayam dengan itik bercakap..









lepas dah settle semua urusan kitorang pun dah excited nak start journey kitorang..tapi nak jadi sadis lagi cerita ni ada pulak mamat dari german yang bawa caravan ni telah cium bontot kereta aku..huhuhu..lepas bincang ngan mamat dia pun pn bagi 40usd untuk cat balik bontot yang telah tercalar tu..mmm macam2 dugaan kan..



lebih krang pukul 1 petang jam malaysia kitorang pun memulakan perjalanan ke krabi..yehhhhaaaa







                                     singgah untuk solat jamak kat petropam di highway 4





tepat pukul 4.30 petang jam thailand kami pun sampai kat krabi..sebenarnya aku ambik hotel kat oa nang sebab krabi ni tak ada apa2 pun.









TIP KE KRABI

Krabi trip


sebenarnya dah lama aku merancang nak gi krabi ni tapi macam2 yag menghalang.. so this weekend aku ngan my hubby akan honeymoon untuk tahun ke 8 kitorg..hihihi jangan jeles tau..

okay, kat sini aku akan kongsikan trip kitorang, apa yang aku survey dan tempat menarik kat sana..

percutian aku kali ni hanya aku dan si dia..cewaah..anak2 tinggal kat emak aku..ni time untuk aku ngan hubby bercinta pulak..hihihi..trip untuk anak2 dah aku rancang ujung tahun ni..sabarnye anak2 kesayangan ibu..



permata hati ibu ngan abag..luv u 




APA NAK BUAT DAN APA NAK BAWA KE KRABI NI??


1. Tempat Penginapan 


okay kita start dengan tempat penginapan..hubby aku cadangkan nak duduk kat resort sebab romantik skit katanya..mmm so sweet la sgt kan..

So aku booking Buri Tara Resort..tapi bila tengok betul betul, tak der la macam resort sgt pun.tapi boleh la memandangkan aku nak pergi lagi 4 hari so ini je lah yang dapat.. tak tahulah sama dengan gambar ni real mcm yang betul ke tak..tunggu aku check in dulu sabtu ni yerk..





untuk yang nak mencari hotel apa yang sesuai kat krabi ni boleh tengok kat tripadvisor. aku cari kat situ jerk.dia akan sortkan hotel yang menawarkan harga yang paling murah, so kita boleh terus pilih harga yang paling rendah samada kat agoda, booking.com, asiaroom atau website hotel tu sendiri.

bila aku masukkan tarikh ngan nama hotel tu agoda bagi harga yang dalam budget aku..buri resort untuk deluxe pool acces, agoda bagi harga rm493 sahaja untuk2 malam. aku try msk website buri resort untuk bilik dan masa yang sama harga dia rm700++ so aku pun terus je la booking tanpa minta permission my hubby dulu..heheheh dahla pakai credit card dia..

Okay dah settle bab nak booking hotel..so now check passport pulak masih valid ke tak..hihihi patutnya check yang ni dulu tapi dah ter "excited"dapat bilik murah terus booking dulu..

2. Passport

Untuk ke thailand tak perlukan visa. hanya passport saja..make sure masih belum tamat tempoh yer. 


3.  Duit baht
korang kena make sure tukar siap2 kat Malaysia ni sebab kalau tukar kat sana korang akan rugi tau

4. Download waze
'apps' waze ni memang banyak membantu aku ngan hubby untuk nak cari jalan..hihihi

5. Sim kad siam..better ambik Dtac

6. Barang-barang untuk ke phi phi island / 4 island

- sun block (wajib bawak sebab cuaca kat pulau memang sangat panas membahang kecuali hari hujan..hihihi)

- topi

- pakaian renang atau yang sesuai untuk aktiviti air

- snorkeling set ( yang ni tambahan jer sebab memang diorang ada bg pinjam tapi kalau korang x selesa baik bawak sendiri )

- waterproof bag ( untuk letak telefon ke duit ke atau apa barang korang nak bawa)

-  tikar ( untuk nak lepak kat pulau)

- paling penting camera jgn lupa bawa!!!







Sunday 21 September 2014

Kalender 2015

ok kalender 2015 dah ada, so bolehla siap2 rancang nak bercuti untuk tahun depan..bolehla nak booking asia untuk dapatkan tiket murah..





Salam sayang semua.. dalam sesebuah rumah tangga yang penting sekali adalah kebahagiaan.
Alhamdulillah saya teramat bahagai dalam syurga kecil keluarga kami..
ada beberapa doa dan amalan yang saya amalkan untuk kekal bahagia. kat sini saya akan share supaya memberi manfaat kepada ramai orang.
antara doa2 yang saya amalkan adalah :


رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا



“ROBBANA HAB LANA MIN’ AZWAJINA WA DZURIYYATINA QURROTA A’YUNIN WAJ’ALNA LIL MUTTAQIINA IMAAMAA”.

Maksudnya:

“ Ya ALLAH Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami dari isteri  dan anak cucu kami yang menyenangkan kami dan jadikanlah kami sebagai ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa ”


(Al-FuRqan : 74)


Doa doa Pengasih





Maksudnya:
"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)




Maksudnya:

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya".      (Surah Yassin ayat 36)



Doa untuk anak supaya menjadi soleh dan solehah



اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ

(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).



اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ

(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).



اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ

(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.


semoga doa ini dapat membantu ..