Saturday 22 November 2014

TRIP KE KRABI

DAY 1 ---- Part 2----



Tepat pukul 5 petang waktu siam kitorang sampai la kat hotel. lepas check in terus masuk bilik dan bila buka jer bilik tengok2 ada gajah 2 ekor atas katil hihihi



gajah beretnggek atas katil 
permandangan dalam bilik

selfie kat balkoni hotel

permandangan di pantai ao nang


suasana tepi pantai oa nang



menikmati suasana senja di pantai oa nang..




aku tak sure yang jual ni lelaki ke perempuan, sebab aku nampak macam ada halkum je hihihi

sampai sini jangan lupa try fruit shake dia..wallawei memang tersangat la sedap.











ni lagi satu benda wajib try bila datang krabi..pankek dia.
sebenarnya rasa dia macam roti canai yang dibuat nipis dan garing dan diletak pisang dan nutella. tapi rasa dia serius best..malam ni akau try nutella banana dgn banana cheese. harga dia rm6 setiap satu

minyak hanya habis separuh tank je..hihihi syoknya la bila pakai hybrid ni..save duit 
sekitar hari 1st kat ao nang




Perbelanjaan hari first.

- minyak rm60
- tulis kad putih rm4
- declare kereta rm10
- hotel rm 493
- makan malam rm30
- pankek rm 12
total rm609



PERCUTIAN KE KRABI

trip ke krabi

----- day 1 part 1 -----

cerita kat border

kat sini aku akan kongsikan tip dan jadual perjalanan aku ngan my hubby ke krabi. sebenarnya trip ni baru minggu ni kitorang rancang so agak kalam kabut sket la..hhihi

kitorang decide nak exit ikut wang kelian sebab member2 kata kalau lalu ikut situ boleh jimat sejam lebih.. so kitorang ambik keputusan nak lalu ikut wang kelian dan ke satun thailand.

sampai kat border wang kelian, terus ke emigresen Malaysia dan macam biasa memang xder problem kat malaysia ni dan akak2 kastam ni baik2 je..lepas je bahagian malaysia kena gi isi kad putih plak kat podok di kawasan emegrisen siam ni..diorang charge untuk tulis satu kad rm2.walhal aku ngan hubby minta tulis sendiri tapi diorang buat2 x faham..hihihi saje je nak amik rm4 dari kitorang..

lepas settle bab kad putih tu kena la gi cop kat emegrisen dia plak.kat sini x ada problem pun..pastu kena pegi kat kastam pulak sebab nak declare kereta. kat sini ada problem sebabnya ada sorang mamat rider omputeh ni nak keluar dari siam tapi kastam siam tu tersilap pi isi nak msk. so nak tunggu settle kes tu dah abis dekat 30minit. ni la masalahnya bila ayam dengan itik bercakap..









lepas dah settle semua urusan kitorang pun dah excited nak start journey kitorang..tapi nak jadi sadis lagi cerita ni ada pulak mamat dari german yang bawa caravan ni telah cium bontot kereta aku..huhuhu..lepas bincang ngan mamat dia pun pn bagi 40usd untuk cat balik bontot yang telah tercalar tu..mmm macam2 dugaan kan..



lebih krang pukul 1 petang jam malaysia kitorang pun memulakan perjalanan ke krabi..yehhhhaaaa







                                     singgah untuk solat jamak kat petropam di highway 4





tepat pukul 4.30 petang jam thailand kami pun sampai kat krabi..sebenarnya aku ambik hotel kat oa nang sebab krabi ni tak ada apa2 pun.









TIP KE KRABI

Krabi trip


sebenarnya dah lama aku merancang nak gi krabi ni tapi macam2 yag menghalang.. so this weekend aku ngan my hubby akan honeymoon untuk tahun ke 8 kitorg..hihihi jangan jeles tau..

okay, kat sini aku akan kongsikan trip kitorang, apa yang aku survey dan tempat menarik kat sana..

percutian aku kali ni hanya aku dan si dia..cewaah..anak2 tinggal kat emak aku..ni time untuk aku ngan hubby bercinta pulak..hihihi..trip untuk anak2 dah aku rancang ujung tahun ni..sabarnye anak2 kesayangan ibu..



permata hati ibu ngan abag..luv u 




APA NAK BUAT DAN APA NAK BAWA KE KRABI NI??


1. Tempat Penginapan 


okay kita start dengan tempat penginapan..hubby aku cadangkan nak duduk kat resort sebab romantik skit katanya..mmm so sweet la sgt kan..

So aku booking Buri Tara Resort..tapi bila tengok betul betul, tak der la macam resort sgt pun.tapi boleh la memandangkan aku nak pergi lagi 4 hari so ini je lah yang dapat.. tak tahulah sama dengan gambar ni real mcm yang betul ke tak..tunggu aku check in dulu sabtu ni yerk..





untuk yang nak mencari hotel apa yang sesuai kat krabi ni boleh tengok kat tripadvisor. aku cari kat situ jerk.dia akan sortkan hotel yang menawarkan harga yang paling murah, so kita boleh terus pilih harga yang paling rendah samada kat agoda, booking.com, asiaroom atau website hotel tu sendiri.

bila aku masukkan tarikh ngan nama hotel tu agoda bagi harga yang dalam budget aku..buri resort untuk deluxe pool acces, agoda bagi harga rm493 sahaja untuk2 malam. aku try msk website buri resort untuk bilik dan masa yang sama harga dia rm700++ so aku pun terus je la booking tanpa minta permission my hubby dulu..heheheh dahla pakai credit card dia..

Okay dah settle bab nak booking hotel..so now check passport pulak masih valid ke tak..hihihi patutnya check yang ni dulu tapi dah ter "excited"dapat bilik murah terus booking dulu..

2. Passport

Untuk ke thailand tak perlukan visa. hanya passport saja..make sure masih belum tamat tempoh yer. 


3.  Duit baht
korang kena make sure tukar siap2 kat Malaysia ni sebab kalau tukar kat sana korang akan rugi tau

4. Download waze
'apps' waze ni memang banyak membantu aku ngan hubby untuk nak cari jalan..hihihi

5. Sim kad siam..better ambik Dtac

6. Barang-barang untuk ke phi phi island / 4 island

- sun block (wajib bawak sebab cuaca kat pulau memang sangat panas membahang kecuali hari hujan..hihihi)

- topi

- pakaian renang atau yang sesuai untuk aktiviti air

- snorkeling set ( yang ni tambahan jer sebab memang diorang ada bg pinjam tapi kalau korang x selesa baik bawak sendiri )

- waterproof bag ( untuk letak telefon ke duit ke atau apa barang korang nak bawa)

-  tikar ( untuk nak lepak kat pulau)

- paling penting camera jgn lupa bawa!!!