Tuesday 13 September 2016

Bukit Panorama, Sungai Lembing Pahang




Hai semua dan Selamat Hari Raya Aidiladha. Aku bersama my Hubby, buat keputusan untuk menawan puncak Bukit Panorama, di Sungai Lembing sebab minat baru aku ngan hubby hiking sejak 2 menjak ni.




Menikmati Keindahan Matahari Naik Di Puncak Bukit Panorama
So, alang alang dah balik beraya kat kuantan, aku ngan en suami, adik ipar ngan anak sulong aku pergilah mendaki Bukit Panorama ni. kami memulakan pejalanan dari kuantan tepat jam 5 pagi dan sampai ke kaki bukit panorama tepat2 azan Suboh jam 5.40pagi. kitorag solat suboh dulu dan start mendaki jam 6 pagi.

Rupanya ramai orang yang Mendaki Bukit Panorama ni. aunty2 ngan uncle pun banyak. ada satu couple cina tu siap bawa baby lagi. wah salute aku ngan makcik pakcik ni yang majoriti adalah bangsa Cina.

Setelah berhempas pulas dengan lemak daging korban semalam, akhirnya aku dapat menawan puncak Bukit panorama ni dalam masa 25Minit. nak tahu tak, aku yang sampai dulu ke puncak bukit tu, hihihi. lepas 10 minit, my hubby ngan kaklong(puteri sulong aku) sampai dan orang terakhir adalah acu kepada kaklong hihihi.



kitorang lepak atas tu sampailah matahari naik dan lepas selfie dan welfie bagai nak rak atas ni kitorang pun turun la ke bawah. ok bila bab turun ni akulah yang paling cepat hihihi. Trurun sambil berlari sebab nak bakar kalori ni lebih sikit cewah. aku ambik masa dalam 20 minit untuk turun. hahah lari la sangat kan. waktu turun ni orang lagi ramai dan memang agak jem berbanding masa naik tadi.




laluan tangga waktu turun 



laluan tangga yang rosak tapi masih boleh mendaki


tepat jam 7.45 pagi tamatlah sudah misi pendakian kami 1 keluarga. memang rasa puas sangat sebab dapat berpeluh cam ni. 

Tip untuk mendaki Bukit Panorama
1. naik sebelum pukul 6 pagi untuk melihat ertapa cantiknya matahari naik
2. ada beberapa pit stop untuk berehat kalau letih
3. 90% laluan adalah tangga dan laluan tanah sikit saja
4. jangan risau sebab orang memang ramai yang mendaki gelap2 ni
5. bawa air yang cukup. nasi lemak ke nasi minyak kalau nak la untuk makan di puncak bukit tu
6. please jangan buang sampah yer
7. Paling penting minyak kereta kena make sure penuh sebab kat bandar sungai lembing ni tak ada Petrol Stesen yer.


No comments:

Post a Comment